Archive for the ‘myLife’ Category
Aeman – Anak Soleh
Posted by: haziqwebs in Lagu dan lirik, Music & Lyric, myLife on February 16th, 2010

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan dirikuKu hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya RahimWahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahkuSelamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alaminKu hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya RahimWahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahkuSayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanyaKu hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya RahimWahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimuAmpunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhiratKu hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Kebelakangan nieh haziQ slalu gak dengar lagu2 nasyid nieh….
Tawaran ke Teknik..
![DSC 1621 [800x600]](http://www.haziqwebs.iqbiz.org/wp-content/uploads/2010/01/dsc_1621800x600.jpg)
Hari Jumaat yg lepas iaitu smalam, aziQ terima sepucuk surat yg bersampul besar, ingtkan pegawai or fakulti mne la yg memberi tawaran kat aziQ….rupenyer surat tawaran dari teknik..huhuh…Hari tuh sume permohonan aziQ isi….SBP, teknik, MARA…hahaha…..tpi teknik satu jew dpt…hhmm…setelah difikirkan aziQ ambik keputusan untuk tak pergi, sbab aziQ nieh jenis lembap2 skit…kalo x der tusyen luar mmg kantoi r matepelajaran2 elektif tuh…kalo stay kat beluru dpt r g tusyen kat area KK…huhu….lpe nak kasi tau…course tawaran yg aziQ dpt nieh Kejuruteraan Awam di Teknik Grik…
Tingkatan 4…..

dah dekat 3 minggu dah sesi persekolah 2010 bermula, sejak naik form 4 nieh agak busy skit sabab banyak sangat keje yg perlu di settlekan, tambah-tambah sekarang nieh subjek sains dah dipecahkan kepada tiga iaitu bio, fizik n kimia..disebabkan terlalu banyak homework, blog nieh sedikit berhabuk atas kesibukan haziQ…dan tambahan pulak latihan sukan dah start, buat mase nieh x pernah ponteng ag latihan sukan, tpi de perancangan nk ponteng…ahakz3..buat pengetahuan korang tahun nieh komsas BM n BI form 4 baru, bkn format baru, tapi novel dyer yg baru…add math aku x berape nk paham kalo kat skol sbab ak nieh otak lembap sket..kat skol cikgu ajar style SBP, ikut kate dak2 thn lepas laaa….ak pown sependapat ngan diorang….tpi kalo kat tempat tuisyen cikgu dyer lebey spotting…ahaha…hhhmm….tahun depan dah nak SPM, memang agak pening…..thn depan aku SPM, adek ak PMR, adek lagi satu UPKK……
PMR Gift

Lepas result PMR hari tuh haziQ dapat due hadiah…ayah haziQ kasi iPOD Shuffle nieh n ibu kasi Roller Blade…hehehee….iPOD shuffle nieh mmg best sbab dyer pkai sistem VoiceOver, hanya dgn due kali klik pada headphone dyer akan tukarkan lagu, kalau klik 5 saat dyer kasi tau tajuk lagu, tuk pengetahuan korang iPOD Shuffle nieh sume nyer dikawal dari headphone dyer…mmg best…hehehe….thn nieh dah masuk form 4…..must work hard…hahaha…
After PMR…
Minggu nie merupakan english week, so panitia english wat english camp tuk form 3….dan haziQ gak terlibat…hihihi…best3…hari pertama just wat logo2 tuk kumpulan, second day kitorang main baling2 telor…huhuhu….opsss…bkn baling2…it’s how to protect the egg from break….
….sambil tuh kitorang blaja beberape muzik yang sememangnya best antara nya We are the Champion-Queen, The Climb-Miley Cyrus(akak angkat haziQ nieh..huhuu..), You’re Not Alone-Micheal Jackson, If I let you go-westlife…mmg best…thx teacher
Ponteng
![mkn [800x600]](http://www.haziqwebs.iqbiz.org/wp-content/uploads/2009/10/mkn800x600.jpg)
PMR dah habis, dok skolah asyik tgk movie jer…so lebih baek x yah dtg..kan3???hehehe…so hari nie genap 5 hari lepas PMR haziQ x hadir ke sekolah…haziQ ponteng bukan 5 hari berturut-turut tau…selang-seli…hehe..hari nieh malas tol nk g R&R tuk beli breakfast, so haziQ cekop jew frenchfries dalam peti ais tuh sbagai breakfast…hehehe..hari nie laman utama IQBiz jugak dah siap…sekali ngan tempahan online…
Galeri gambar

Disebabkan dalam laman ni susah untuk haziQ buat galeri gambar kerana plugin yang haziQ cari tak jumpa, so haziQ buat keputusan untuk buat satu lagi laman bagi memuatkan gambar2 memori haziQ…link laman tersebuat pada…
misteri mySpace..

Sape sini adew mySpace…??angkat tangan…hahaa..haziQ pown ade mySpace gak…sebenar nyer ape yang korang cari kat mySpace nie?kwan ek?kat blakang umah korang pown ade kwan…kan2??hhhmm….tapi tu la alasan yang selalu haziQ dengar dari kawan2 haziQ…sungguh misteri..sanggup pergi Kafe Siber tuk layan MySpace berjam-jam..kalo korang tak caye korang pergi la sendiri kat Kafe Siber yang berdekatan, mesti ade due tige budak tgh layan mySpace…sampaikan haziQ sendiri pon kene penyakit misteri nie…lepas PMR nieh..haziQ kire layan mySpace jew…adoyai…kalo tak tengok interface mySpace tu sehari memang tak sah rase nyew….hahaa…misteri sungguh mySpace nieh…layan…layan gak…tpi jgn lupe smayang…..nieh berjam-jam dok Kafe Siber tuh dari 8 pagi sampai r 12 tgh…..mlm….huhuhuhu….
pppssst:: weyh…meh add haziQ kat mySpace… haziqpkpps@gmail.com
Kisah yang lalu..
First sekali haziQ nak ucapkan Selamat Menunggu Result kepada semua rakan2 haziQ serta korang2 sume yang kat luar sane yang sedang menunggu result PMR….haziQ pown rase risau giler nak tunggu result nieh. Ok2, skrang nieh haziQ bukan nak cakap pasal result tapi pasal old memory haziQ, tadi haziQ dok bukak laman multiply haziQ yang dulunya kat sane lah haziQ belajar asas HTML n CSS..seronok tol teringat waktu tu, mase tu haziQ mmg tau asas HTML n CSS je, waktu tu darjah enam, budak ag waktu tu(cheh..mcm r da besar skrang nieh) dan haziQ terjumpe plak link web pertama yang pernah haziQ buat 100% HTML dan laman tu haziQ edit menggunakan Microsoft Frontpage dan tak sangke laman tu masih hidup hingga ke hari ini, laman tu haziQ host di tripod dan masih berfungsi. Thx to tripod masih simpan laman tu. dan laman tripod tu merupakan laman haziQ yg pertama haziQ wat. Memang seronok mengenangkan kisah yang lalu sewaktu haziQ baru nak mula mengenali dunia IT..Once again thx to tripod..
Pemuda yang menguasai dunia

1. Mark Zuckerberg (kini 25 tahun/asal AS)
(siapa yang nggak kenal facebook??) Ketika menciptakan laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg baru berusia 19 tahun. Ia membuat Facebook untuk membantu membangun jaringan sosial bagi remaja di kampusnya saat itu, Universiti Harvard, Amerika Serikat.
Kini, Facebook merupakan situs jejaring sosial terbesar kedua setelah MySpace. Di bawah pimpinan Founder nyew, situs ini terus tumbuh hari demi hari. Jutaan pengguna baru terus mendaftar setiap bulan!
psst: haziQ pown ade account facebook….meh add… haziqpkpps@gmail.com

2. Steve Shih Chen (31 tahun/Taiwan-AS), Jawed Karim (30 tahun/Jerman-AS), Chad Hurley (32 tahun/AS)
Keduanya adalah pencipta dari laman “sharing video online”, YouTube. Mereka mendirikan YouTube pada 2005. Ketika itu, Chad berusia 28 tahun dan Steve 27 tahun.
Pada Oktober 2006, YouTube diakuisisi (diambil alih kepemilikannya) oleh Google. Nilainya: 1,65 miliar dollar AS (Rp16,9 triliun).

3. Jerry Yang (40 Tahun/Taiwan-AS) dan David Filo (42 tahun/AS)
Pada tahun 1995, kedua orang ini menubuhkan Yahoo!, laman mesin pencari kedua terbesar setelah Google. Saat itu, Jerry berusia 26 tahun dan Filo 28 tahun.
Tahun lalu, perusahaan raksasa Microsoft sempat ingin membeli Yahoo!. Nilai tawaran adalah: 44,6 miliar dollar AS. Pembelian ini tak jadi. Setelah itu, Microsoft dan Yahoo! tidak menampik mengenai kemungkinan kerja sama di masa mendatang.

4. Matt Mullenweg (25 tahun/AS)
Matt Mullenweg adalah pencipta laman penyedia blog percuma: WordPress. Ia mulai baru berusia 19 tahun ketika mulai menciptakan cikal bakalnya.
WordPress menjadi terkenal dalam waktu singkat. Alasannya, laman ini mudah dipakai dan selalu diperbarui. Hingga tahun 2008, tercatat ada 230 juta pengakses tetap dengan 6,5 million halaman WordPress yang boleh dilihat. Lalu, ada 35 juta posting baru dengan tambahan rata-rata empat juta posting setiap bulan.
Matt, yang pernah mengunjungi ke Jakarta pada Januari 2009 ini mengatakan, ia tidak akan menjual WordPress ke perusahaan besar dengan harga’ selangit’. Dia juga menyatakan, tidak akan mencari keuntungan dari WordPress. Keuntungan sudah ia dapatkan dari beberapa perusahaan, yang dimilikinya.
psst:: laman blog nieh pown pakai Wordpress….thx Matt…

5. Tom Anderson (38 tahun/Amerika Serikat)
Tom Anderson merilis MySpace pada bulan Ogos 2003. Terdapat banyak pihak yg membuat andaian mengenai permulaan Tom dalam membangunkan Myspace, namun berbagai sumber menyebut Tom berusia kurang dari 30 tahun ketika menciptakan MySpace.
Saat ini, MySpace adalah salah satu laman jejaring sosial paling besar di dunia, yang bersaing ketat dengan Facebook. MySpace telah digunakan lebih dari 100 juta orang, dengan pengguna terbesar berasal dari kawasan Amerika Serikat.
Kelebihan MySpace terletak pada bidang muzik. Ketika fasilitas musik terbaru (iaitu “audio streaming” gratis) diluncurkan pada 25 September 2008, hanya dalam beberapa hari saja, ada miliaran lagu yang didengarkan oleh para penggunanya. Kelebihan ini membuat banyak orang memperkirakan bahwa MySpace boleh mempengaruhi industri muzik di internet.
psst:: contoh band yang berkembang di Malaysia dengan bantuan myspace adalah Hujan…indieeee…..!!ahakz3.. haziQ pown layan gak ms nieh…meh add… haziqpkpps@gmail.com

6. Blake Aaron Ross (23 tahun/AS)
Blake Ross adalah pemuda genius yang menciptakan Mozilla, penjelajah internet. Mozilla di-release-kan untuk umum pada November 2004. Saat itu, usia Blake baru 19 tahun!
Mozilla kemudian digabungkan dengan Firefox, program yang diciptakannya bersama Dave Hyatt. Maka, setelah itu, namanya menjadi Mozilla Firefox.
Dengan cepat, Mozilla Firefox diterima para pengguna internet di dunia. Ia, antara lain, dinilai lebih aman dan mudah dipakai. Ia juga dinilai mampu merebut sebagian pasar penjelajah internet, yang selama ini dikuasai oleh Microsoft Internet Explorer.
Banyak orang memuji kesuksesan Blake Ross. Direktur engineering Yayasan Mozilla, Chris Hoffman, mengatakan, “Dalam dunia ‘Open Source’, posisi seseorang tergantung pada keahliannya. Dan Blake Ross memiliki semua keahlian yang diperlukan.”
psst:: Syabas Blake…haziQ gak pengguna setia Mozilla Firefox….

7. Pierre Omidyar (41 tahun/Perancis-AS)
Pierre Omidyar membuka eBay pada 4 September 1995. Saat itu, usianya 28 tahun.
eBay adalah laman lelong online. Awalnya, Pierre membuat eBay untuk menolong seorang teman dekat yang ingin menjual sebuah produk. Namun, tak lama kemudian, eBay berkembang pesat menjadi lahan bisnis yang amat prospektif. Kini, eBay adalah laman lelong online terbesar di dunia.
Menurut Pierre, dalam sebuah wawancara, kejayaan eBay tidak lepas dari dua hal. Pertama, kuatnya komunikasi penjual dan pembeli, yang jumlahnya mencapai ratusan juta orang. Kedua, nilai-nilai baik yang dianutnya. Dalam bisnes, eBay percaya bahwa pada dasarnya setiap manusia itu baik dan setiap orang memiliki suatu keunggulan yang boleh diberikan kepada orang lain. Selain itu, eBay percaya bahwa kejujuran dan keterbukaan bisa membawa kebaikan pada diri manusia. Maka, aturan “emas” eBay adalah mengakui dan menghormati setiap orang sebagai individu yang unik. eBay pun berharap para anggotanya bisa mengikuti contoh yang diberikan.

8. Larry Page (36 tahun/AS) dan Sergey Brin (35 tahun/AS)
Keduanya membuka Google pada 4 September 1998. Saat itu, mereka baru berusia 25 tahun dan 24 tahun. “Pejabat” pertama mereka adalah garasi.
Google, mesin pencari yang boleh menampilkan segala jenis informasi ini, disukai banyak orang – terutama para mahasiswa. Maka, hanya dalam tempoh waktu beberapa tahun saja, Google boleh berkembang dengan pesat dan meraup keuntungan ber-million dollar AS. Kini, Google boleh disebut sebagai mesin pencari nombor satu di dunia.
Kisah kejayaan Larry Page dan Sergey Brin dalam mencipta dan mengembangkan Google telah menjadi inspirasi bagi ramai muda di dunia ini, khususnya para penggemar teknologi informasi. Mereka berharap boleh membuat program baru yang berguna bagi masyarakat dunia dan menguntungkan dari segi financial.
psst:: suatu hari munkin haziQ akan masuk dlm list nieeehh….ahakz3…
Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Jadi ke 15..

Setelah hampir sebulan haziQ tak post entri2 atas sebab study giler2 untuk PMR yg akan menjelang(hhhmmm…ye ker?). 1st skali haziQ nak wish Happy Birthday kepada diri haziQ sendiri pada 11 Sept(ingat nk post ari tu gak tpi x sempat) dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin.
Rahsia di sebalik senyuman

Psst: senyum itu satu sedekah…jadi senyumlah bak kata M Daud Kilau “Senyumlah, senyumlah ahai che mek molek”huhuuu..
- Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
- Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
- Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
- Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
- Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
- Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
- Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
- Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
- Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
- Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
- Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
- Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
- Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
- Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Pujangga menyebut :” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.





